RSS

Wednesday 28 December 2011

KEM IT MUSIM CUTI SEKOLAH

Pada musim cuti sekolah ini telah diadakan Kem IT kepada murid-murid Tahun 3, 4 dan 5. Seramai 82 orang murid telah mengikuti Kem IT ini yang diadakan secara berkumpulan. Murid -murid didedahkan dengan aplikasi Power Point dan Movie Maker. Bagi aktiviti aplikasi Power Point, murid-murid dikehendaki menghasilkan slide dengan bertemakan Haiwan-Haiwan di Malaysia. Terdapat 3 tema yang dibahagikan bagi aplikasi Movie Maker iaitu Sekolah, Isu Semasa dan Ibu bapa. Kesemua aktiviti ini dilakukan secara individu dan secara keseluruhannya murid-murid dapat memahami dan menggunakan aplikasi ini dengan berkesan.



Tuesday 27 December 2011

HASIL KARYA MURID - MOVIE MAKER







Tuesday 22 November 2011

MICROSOFT PUBLISHER

Murid SK Sungai Burong telah diperkenalkan Microsoft Publisher sepanjang bulan ini. Murid dikehendaki menyediakan kad ucapan yang bertemakan : Thank You Teacher



Friday 21 October 2011

PAINT LAGI..

Tugasan Paint pada bulan ini adalah : Pemandangan di laut. Ini adalah tugasan akhir bulan ini  sebelum mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun. Selamat maju jaya kepada semua murid SK Sungai Burong!!!




 

SHAPES & COLOURS

Tugasan pada bulan ini adalah membuat bentuk melalui aplikasi shapes dalam Microsoft Word. Murid dikehendaki membuat bentuk seperti rectangle, triangle, rhombus, sphere. Dalam tugasan ini, murid perlu  melabel dan mewarna bentuk-bentuk tersebut.


Monday 3 October 2011

PENGENALAN MICROSOFT WORD

Murid tahap 1 dan 2 telah didedahkan dengan penggunaan Microsoft Word sepanjang bulan September. Murid dikehendaki menyiapkan 2 tugasan iaitu Biodata dan Kambing Yang Degil

Tuesday 13 September 2011

UJIAN OH UJIAN

Pada Bulan Ogos yang lalu, telah diadakan ujian MS Paint kepada murid SK Sungai Burong bagi mengenal pasti tahap kebolehan murid menggunakan MS Paint. Secara keseluruhannya, kemahiran murid SK Sungai Burong menggunakan MS Paint adalah  di tahap Baik.
Gambar di atas merupakan hasil karya ujian yang telah dihasilkan oleh murid SK Sungai Burong dengan tajuk :KOMPUTER